banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Okt 2020 - Selasa BENGKEL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) KIMIA KSSM SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua,

Sekolah Menengah,

Daerah Johor Bahru

 

Tuan,

BENGKEL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) KIMIA KSSM SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Pengurusan Akademik, PPD Johor Bahru dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Kimia akan mengadakan bengkel yang tersebut di atas mengikut ketetapan berikut:

            Tarikh             :           24 Oktober 2020

            Masa               :           0830 pagi hingga 1230 tengah hari

            Tempat            :           Dewan Seri Gemilang, SM Teknik Johor Bahru

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menghantar seorang guru yang mengajar mata pelajaran Kimia ke bengkel tersebut. Peserta dikehendaki membawa laptop dan DSKP Kimia / Panduan PBD.

4.         Dimaklumkan bahawa kemudahan makan dan minum tidak disediakan oleh pihak penganjur. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana pegawai digalakkan berkongsi kereta dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

5.         Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia, penganjur dan semua peserta diminta untuk mematuhi SOP tersebut seperti mengelakkan 3C (crowded places, confined spaces, close conversation) / 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan amalkan 3W (wash, wear, warn). Pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2019 dipatuhi.

6.         Segala kerjasama yang diberikan, puhak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang opertanyaan, sila hubungi En Md Sihat Bin Md Amin, Setiausaha JKD Panitia Kimia, Daerah Johor Bahru melalui talian 012-7779515.

Sekian.

 



srt peserta (82) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORA BINTI ABDUL JALIL | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Matematik)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 182 kali sejak disiarkan pada 13 Okt 2020 jam 15:35:09


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 33 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru