banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Okt 2020 - Selasa JEMPUTAN MURID KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA INTERNATIONAL MODEL UNITED NATIONS (MIMUN2020) ANJURAN ALUMNI MAJLIS PEMIMPIN MUDA JOHOR (JSLCA)

Pengetua 
Sekolah Menengah 
Daerah Johor Bahru

Tuan,

JEMPUTAN MURID KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA INTERNATIONAL MODEL UNITED NATIONS (MIMUN2020) ANJURAN ALUMNI MAJLIS PEMIMPIN MUDA JOHOR (JSLCA)

Dengan segala hormatnya surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), JPNJ.PBM.600-3/5/15(    ) bertarikh 30 September 2020 adalah dirujuk.

2. Sukcaita dimaklumkan bahawa Persidangan Antarabangsa Malaysia International Model United Nations (MIMUN2020) anjuran Alumni Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLCA) akan diadakan pada 21-22 November 2020 secara dalam talian dengan membawa tema Humanity in Calamity. Pelaksanaan persidangan ini sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan murid membahaskan isu-isu global secara matang disamping meluaskan jaringan mereka ke peringkat antarabangsa seawal peringkat sekolah.
3. Jabatan ini menyokong penuh usaha murni ini kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran kepimpinan, usaha ke arah pembentukan global players di samping melibatkan penyertaan pelajar ke peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, dimohon untuk hebahan jemputan ini ke semua murid sekolah-sekolah menengah yang berminat untuk menyertai persidangan MIMUN2020.

4. Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi MIMUN2020 di https://www.mimun2020.com atau hubungi urusetia persidangan, Cik Afiqah Syahirah di talian 011-68907049 atau melalui emel [email protected] Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.



JEMPUTAN PERSIDANGAN MIMUN2020 (88) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 163 kali sejak disiarkan pada 13 Okt 2020 jam 12:01:10


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 45 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru