banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Okt 2020 - Ahad PROGRAM GERAK KERJA BERSEPADU PUSAT TRANSFORMASI PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti di Lampiran A,

Melalui dan salinan,

Pengarah, Pengetua dan Guru Besar,
Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PROGRAM GERAK KERJA BERSEPADU PUSAT TRANSFORMASI PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

2.1 Tarikh : 15 Oktober 2020 ( Khamis )
2.2 Masa         : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
2.3 Tempat : Pusat Transformasi Pembangunan Murid,
                                   d/a Pusat Kegiatan Guru Tasek Utara, Johor Bahru
2.4 Pakaian : Kemeja T KrMJ & Kasut Sukan 

4. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengingatkan tuan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

5. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenar membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

6. Sekian bagi makluman dan tindakan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Shahruddin Bin Zaniel Abildin, Penolong PPD Hal Ehwal Murid di talian 019-7524255. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian. terima kasih.




PROG GERAK KERJA BERSEPADU SPM 2020 (257) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH TERLIBAT

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 361 kali sejak disiarkan pada 11 Okt 2020 jam 16:51:56


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 73 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru