banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Okt 2020 - Ahad BIMBINGAN BERFOKUS SPM UNIT SAINS DAN MATEMATIK SEKTOR PEMBELAJARAN JPNJ BERSAMA-SAMA SISC+, GKMP DAN KP BIDANG SAINS DAN MATH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua Sekolah Yang Berkenaan.

SMK SRI RAHMAT

SMK TANJUNG ADANG

SMK TAMAN PELANGI

SMK TAMAN TUN AMINAH

SMK TAMAN UNIVERSITI

SMK TAMAN UNIVERSITI 2

SMK TAMAN DESA SKUDAI

SMK TASEK UTARA 2

SMK TAMAN SELESA JAYA 2

SMK TAMAN DAMANSARA ALIF

SMK MAJIDI BARU 2

SMK SAINT JOSEPH (B)

SMK GELANG PATAH


Tuan,

BIMBINGAN BERFOKUS SPM UNIT SAINS DAN MATEMATIK SEKTOR PEMBELAJARAN JPNJ BERSAMA-SAMA SISC+, GKMP DAN KP BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.                   Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sains dan Matematik Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Johor akan mengadakan bimbingan berfokus di atas bagi meningkatkan pencapaian sains dan matematik SPM pada tahun ini.

3.                   Sehubungan dengan itu SISC+ Sains dan Matematik, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains dan Matematik serta Ketua panitia seperti dalam edaran diminta hadir seperti ketetapan berikut: 

              Tarikh   : 15 Oktober 2020

              Masa    : 9.00 pagi - 4.00 petang

              Tempat  : Bilik Seri Mutiara, SM Teknik Johor Bahru

4.                   Pihak sekolah diminta untuk menyediakan dan membawa template slaid yang dibekalkan untuk dibentangkan. Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia, penganjur dan semua peserta diminta untukmematuhi SOP tersebut seperti mengelakkan 3C (crowded places, confined spaces, close conversation ) / 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan amalkan 3W (wash, wear, warn).

5.                   Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi. Sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di Pusat tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

6.                   Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Siti Nor Raya binti Abdul Rahim, SISC+ Sains dan Matematik di talian 0137785515. Kerjasama tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih,

 



srt gkmp kp (33) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORA BINTI ABDUL JALIL | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Matematik)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 138 kali sejak disiarkan pada 11 Okt 2020 jam 13:18:56


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 18 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru