banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Okt 2020 - Ahad PEMBATALAN PENATARAN SECARA BERSEMUKA FORMAT BAHARU SPM DAN LATIHAN PENSKORAN CEFR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Semua Pengetua
Sekolah Kerajaan dan Swasta

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan surat daripada Lembaga Peperiksaan (LP) Nombor Rujukan KPM.600-7/1/1 Jld 3 (38) bertarikh 8 Oktober 2020 dan surat Nombor Rujukan KPM.600-13/1/5 Jld.2 (62) bertarikh 7 Oktober 2020. Dengan ini dimaklumkan bahawa Taklimat Penataran Format Baharu  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Taklimat  Latihan Penskoran Instrumen Bahasa Inggeris yang dijajarkan kepada Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) secara bersemuka dibatalkan.

3. Sehubungan itu, mohon makluman ini disampaikan kepada guru berkenaan di sekolah tuan. Taklimat bersemuka akan digantikan dengan  penataran atas talian. Tarikh taklimat berkenaan akan dimaklumkan kemudian. Bersama-sama ini disertakan surat makluman daripada Lembaga Peperiksaan dan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

4



Surat Pembatalan (99) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua sekolah kerajaan dan swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD HANIF BIN MUHAMAD | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran Dan Peperiksaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 151 kali sejak disiarkan pada 11 Okt 2020 jam 07:40:55


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 49 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru