banner1
 

Pentadbiran Berita


14 Sep 2020 - Isnin BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENINGKATAN PRESTASI BIOLOGI SPM SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua

Sekolah Menengah

Daerah Johor Bahru.

(Mengikut lampiran)

 

Tuan,

 

BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENINGKATAN PRESTASI BIOLOGI SPM SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan Unit Pengurusan Akademik, PPD Johor Bahru dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Biologi akan mengadakan bengkel tersebut seperti di atas mengikut ketetapan berikut :

             Tarikh              :  22 September 2020 (Selasa)

            Masa                 :  2.00 – 4.30 petang

Tempat             :  Bilik Mesyuarat

                           SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru          

           

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan guru seperti di dalam lampiran untuk menghadiri bengkel tersebut. Peserta diminta membawa bersama-sama Buku Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM Biologi.

 4.         Pihak PPD Johor Bahru mengingatkan tuan/puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan/puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

5.         Segala kerjasama yang diberikan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Segala pertanyaan, sila hubungi Cik Faizah binti Sariman, Setiausaha JKD Biologi.

Sekian.



Srt guru (91) - klik utk muat turun

Senarai nama guru (137) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORA BINTI ABDUL JALIL | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Matematik)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 144 kali sejak disiarkan pada 14 Sep 2020 jam 14:27:37


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 26 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru