banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Sep 2020 - Khamis KHIDMAT BANTU BAGI AGIHAN PERGERAKAN BUKU TEKS BILIK BOSD JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti di Lampiran A,

Melalui dan salinan,

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

KHIDMAT BANTU BAGI AGIHAN PERGERAKAN BUKU TEKS BILIK BOSD 
JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tarikh : 14 September 2020 ( Isnin )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat         : 1. SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
          2. Pusat Kegiatan Guru Tasek Utara, Johor Bahru 

3. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengingatkan tuan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

4. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. 

5. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi En. Shahruddin Bin Zaniel Abildin, Penolong PPD Hal Ehwal Murid di talian 0197524255.

Sekian, terima kasih.



KHIDMAT BANTU AGIHAN SPBT (238) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA/GURU BESAR/ JURULATIH UTAMA SPBT DAERAH JOHOR BAHRU

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SHAHRUDDIN BIN ZANIEL ABILDIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Hal Ehwal Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 322 kali sejak disiarkan pada 10 Sep 2020 jam 14:18:34


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 24 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru