banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Sep 2020 - Selasa BICARA PROFESIONAL GURU-GURU SARJANA DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.
(seperti lampiran)

Tuan,

BICARA PROFESIONAL GURU-GURU SARJANA DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dalam membangunkan kapastiti dan kompetensi guru-guru pemegang sarjana, sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan menganjurkan Bicara Profesional Guru-Guru Sarjana Daerah Johor Bahru Tahun 2020  akan  diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 12 September 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
        7.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Auditorium SJKC Foon Yew 1, 
        Johor Bahru

3. Sehubungan dengan itu tuan diminta untuk mengarahkan guru selian tuan seperti di lampiran untuk hadir ke program tersebut.  

4. Pihak PPD Johor Bahru mengingatkan tuan puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

5. Pegawai kami Pn. Salleha Binti Abd Kahar , Pegawai SIPartners+ bersedia membantu sekiranya terdapat pertanyaan atau kesulitan melalui talian 0 19-7729005.


Sekian, terima kasih.



SURAT DAN SENARAI NAMA TERLIBAT (446) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru. (seperti lampiran)

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 562 kali sejak disiarkan pada 8 Sep 2020 jam 15:43:03


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 24 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru