banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Ogs 2020 - Isnin CADANGAN PETUGAS PEPERIKSAAN (KETUA PENGAWAS DAN TIMBALAN KETUA PENGAWAS) BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pengetua

Sekolah-sekolah Kerajaan

Daerah Johor Bahru


Tuan,

Dengan hormatnya perkara  di atas dirujuk. 

2.         Sukacita dimaklumkan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru diberi tanggungjawab dalam membuat pemilihan Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi peperiksaan awam.                     

3.         Sehubungan itu, tuan diminta memastikan sekolah menghantar pencalonan Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas menggunakan borang yang diberi  mengikut bilangan yang telah  ditetapkan pada bahagian lampiran. Namun, tidak semua nama yang dicalonkan akan dipilih. Bagi yang tidak terpilih pihak kami akan memaklumkan kepada sekolah untuk meletakkan calon tersebut sebagai pengawas sahaja.

4.         Buat makluman pihak tuan, pencalonan petugas melebihi bilangan pusat peperiksaan atas sebab terdapatnya pusat-pusat peperiksaan swasta, pusat hospital dan pusat-pusat peperiksaan lain yang boleh wujud berdasarkan kes-kes tertentu. Pihak sekolah juga diminta memastikan guru yang dicalonkan mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas. Pihak tuan diminta hantar selewat-lewatnya atau sebelum 19 Ogos 2020. Pegawai di pejabat ini yang boleh dihubungi sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut adalah En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran dan Peperiksaan di talian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.



Surat dan lampiran (139) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua Sekolah Kerajaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD HANIF BIN MUHAMAD | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran Dan Peperiksaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 265 kali sejak disiarkan pada 10 Ogs 2020 jam 16:34:49


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 27 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru