banner1
 

Pentadbiran Berita


6 Ogs 2020 - Khamis BENGKEL IMPAK PENDEKATAN KAUNSELING GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Johor Bahru.
(Seperti Lampiran)

Tuan,

BENGKEL IMPAK PENDEKATAN KAUNSELING GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

Dengan hormatnya surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) no rujukan JPNJ. HEM.800-3/1/2 (44) bertarikh 05 Ogos 2020 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Untuk makluman tuan, bengkel tersebut merupakan anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dengan kerjasama Unit HEM, Sektor Pembangunan Murid ,JPN Johor. Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2020 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
   (Pendaftaran bermula 8.00 pagi)
Tempat :   Dewan Seri Temenggong, IPGKTI

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan membenarkan Guru Bimbingan dan Kaunselingseperti senarai LAMPIRAN A menghadiri bengkel tersebut. Ahli yang terlibat adalah tertakluk kepada garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas , sila hubungi Encik Suhadi bin Salleh, Penolong PPD HEM , Sektor Pembangunan Murid PPD Johor Bahru ditalian 019-7959551 / 07-2200346. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 






SURAT DAN LAMPIRAN (979) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SHAHRUDDIN BIN ZANIEL ABILDIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Hal Ehwal Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 309 kali sejak disiarkan pada 6 Ogs 2020 jam 12:35:21


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 37 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru