banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Ogs 2020 - Rabu TAKLIMAT PENATARAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN ASRAMA PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA DAERAH JOHOR BAHRU

Pengarah / Pengetua dan Guru Besar,
Kolej Vokasional,
Sekolah Tun Fatimah,
Sek Men Teknik Johor Bahru,
SMK Sultan Ismail,
SMK (P) Sultan Ibrahim,
SMK Mohd Khalid,
SMK Tasek Utara,
SMK Medini,
SMK Al Quran Waddin,
Maktab Sultan Abu Bakar,
SK Pedidikan Khas Johor Bahru,
SK Pedidikan Khas Princess Elizabeth,
Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Seorang Penyelia Asrama sekolah tuan diminta untuk menghadiri taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 12 Ogos 2020 ( Rabu )
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : War Room PPPM Aras 1,
                                   Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

3. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengingatkan tuan puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

4. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. 

5. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi En. Ahmad Kamal Bin Abdullah, Penolong PPD Hal Ehwal Murid di talian 07-2200841.

Sekian, terima kasih.






TAKLIMAT ASRAMA 12 OGOS 2020 (45) - klik utk muat turun

Tindakan : PENYELIA ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA DAERAH JOHOR BAHRU

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 159 kali sejak disiarkan pada 5 Ogs 2020 jam 12:23:52


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 20 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru