banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Ogs 2020 - Rabu MAKLUMAT KATEGORI MAKMAL PEPERIKSAAN AMALI SAINS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pengetua-pengetua, 
Sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,
 
Dengan hormatnya surat daripada Lembaga Peperiksaan, No. Rujukan KPM.600-7/1/1 Jld.2 (3), bertarikh 29 Julai 2020 berkaitan dengan perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpulkan maklumat kategori makmal peperiksaan Amali Sains bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan. Prasarana makmal di sekolah hendaklah dikategorikan kepada makmal Aktif mengikut gred A, B atau C, atau Makmal Tidak Aktif.

3. Sehubungan itu, LP memohon tuan melengkapkan maklumat Kategori Makmal Peperiksaan dengan merujuk Panduan dan Langkah-langkah Selenggara Maklumat Makmal Amali Sains (Lampiran). Panduan ini boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan  Atas Talian (SPPAT) yang boleh diakses melalui http://sppat.moe.gov.my (Sistem rujuk Setiausaha SPM) mulai 1 Ogos 2020.

4. Maklumat yang telah lengkap hendaklah dihantar secara dalam talian sebelum atau pada 11 Ogos 2020. Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Johor Bahru ditalian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.


Surat (174) - klik utk muat turun

Lampiran (132) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua Sekolah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD HANIF BIN MUHAMAD | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran Dan Peperiksaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 220 kali sejak disiarkan pada 5 Ogs 2020 jam 10:00:43


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 28 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru