banner1
 

Pentadbiran Berita


3 Ogs 2020 - Isnin BENGKEL VERIFIKASI SISTEM e-OPERASI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2020

Guru Besar, 

Sekolah Rendah, Daerah Johor Bahru.

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI SISTEM e-OPERASI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.         Untuk makluman tuan, Bengkel Verifikasi Sistem E-Operasi Sekolah Rendah Tahun 2020 akan diadakan seperti ketetapan berikut:      

Tarikh   : 10 Ogos 2020 (Isnin)

Tempat : Dewan Seminar, PPD Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi  – 5.00 petang

Peserta : Rujuk Lampiran Kumpulan 1

 

Tarikh : 11 Ogos 2020 (Selasa)

Tempat : Dewan Seminar, PPD Johor Bahru

Masa : 8.00 pagi  – 5.00 petang

Peserta : Rujuk Lampiran Kumpulan 2

3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Penolong Kanan Pentadbiran hadir ke bengkel tersebut.  Sila bawa bersama:

3.1 Laptop / Notebook dan wayar penyambung (extension wire),

3.2 Peranti internet,

4.         Pihak PPD Johor Bahru mengingatkan tuan puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuatkuasa. Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer dan memakai pelitup hidung dan mulut jika bergejala.

5.         Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah pekeliling Perbendaharaaan Malaysia WP 1.10/2013 dipatuhi dan tuan puan dibenarkan membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa di bawah OS21000.

6.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ing Boon Keong, Penolong PPD Prasekolah & Rendah di talian 010-9315175.

Sekian, terima kasih.



Surat Panggilan 10-8-2020 Isnin (310) - klik utk muat turun

Senarai Kumpulan 1 (600) - klik utk muat turun

Surat Panggilan 11-8-2020 Selasa (290) - klik utk muat turun

Senarai Kumpulan 2 (442) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Prasekolah & Rendah (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 594 kali sejak disiarkan pada 3 Ogs 2020 jam 10:20:08


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 27 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru