Pentadbiran Berita
29 Jul 2020 - Rabu HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI BEAVER COMPUTATIONAL THINKING COMPETITION (BEAVER) 2020
Dengan hormatnya surat Beaver Informatics Malaysia Secretariat, BEAVER2020/05/8 bertarikh 22 Julai 2020 adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sukacitanya dimaklumkan Beaver ialah sebuah pertandingan berkonsepkan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar sekolah dan merupakan pertandingan berkonsepkan pemikiran komputasional terbesar di dunia dengan penyertaan lebih daripada 2.8 juta peserta dari 61 buah negara pada tahun 2019. Malaysia telah dilantik selaku
National Bebras Organizers (NBO) dan penganjur rasmi Beaver sejak tahun 2014.
3. Kerjasama dan jasa baik tuan dipohon untuk memanjangkan surat berkenaan kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran tuan. Bersama-sama ini disertakan surat daripada Beaver Informatics Malaysia Secretariat untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Mohon tuan memastikan perkara 4,5 dan 6 dalam surat Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KPM.600-12/1/4 JLD 7( ) bertarikh 31 Disember 2019 dipatuhi.
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nor Haliza binti Saibun, Ketua Penolong Pengarah Kanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 013-7773383. Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Surat (208) - klik utk muat turun
Tindakan : Pengetua/Guru Besar
Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD FADZIL BIN HANID | Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kompleks Uda
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja
Cetak Muka Surat Ini
[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]
[Kembali Ke Muka Depan]
Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 435 kali sejak disiarkan pada 29 Jul 2020 jam 10:11:08
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja