banner1
 

Pentadbiran Berita


27 Jul 2020 - Isnin PERINGATAN MESRA PENDAFTARAN KURSUS MIKRO IMPROVE (FASA 1)

Pengetua & Guru Besar 
Sekolah - Sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan, 

PERINGATAN MESRA PENDAFTARAN KURSUS MIKRO IMPROVE (FASA 1)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak English Language Centre (ELTC) telah menawarkan enam kursus mikro profisiensi FAsa 1 di bawah pelantar IMPROVE dari Disember 2019 sehingga Mei 2020 bagi tujuan bimbingan dan sokongan kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang akan menduduki ujian CEFR Readiness /MUET/ APTIS. Peserta kursus ini telah menamatkan kursus - kursus tersebut dan Sijil Pencapaian telah diberikan melalui emel masing - masing. 

3. Walaubagaimanapun, merujuk surat KPM.ELTC.500-6/3/5 Jld3 (06) bertarikh 02 Julai 2020, pihak ELTC tidak dapat menjana sijil sebilangan peserta atas sebab maklumat peribadi yang tidak lengkap (nama penuh, nombor KP dan alamat emel) Sehubungan dengan itu Jabatan ini memohon agar peserta kursus yang telah menamatkan kursus tersebut dan belum menerima sijil pencapaian untuk mendaftar di pelantar IMPROVE pada atau sebelum 30 Julai 2020. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sila gunakan pautan http://eltc.edu.my/improve/signin.php bagi tujuan pendaftaran. 

Sekian, terima kasih. 


Surat makluman (246) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : VASANTHI A/P SUBRAMANIAM | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Bahasa Inggeris)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 505 kali sejak disiarkan pada 27 Jul 2020 jam 11:41:20


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 66 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru