banner1
 

Pentadbiran Berita


26 Jul 2020 - Ahad JERAYAWARA PENDIDIKAN DIGITAL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua dan Guru Besar Berkenaan Sahaja

Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

(Dalam lampiran)

 

Tuan,

 

JERAYAWARA PENDIDIKAN DIGITAL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

 

Untuk makluman awal, Standard Penarafan Sekolah Bestari (SSQS) 2020 akan dilaksanakan bermula 1 September 2020.

 

 

2.           Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk menghantar Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT bagi program  Jerayawara Pendidikan Digital Peringkat Daerah Johor Bahru seperti ketetapan berikut :

 

 

2.1 Tarikh        : 05 Ogos 2020 ( Rabu )

2.2 Masa           : 2.00 petang hingga 4.00 petang (ketepatan waktu diutamakan)

2.3 Tempat      : Dewan Seminar PPD Johor Bahru

2.4 Keperluan : Laptop, Extension Wire & Internet

 

 

 

3.           Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru berbesar hati menjemput tuan hadir ke program berkenaan.  Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia, penganjur dan semua peserta diminta untuk mematuhi SOP tersebut seperti mengelakkan 3C (crowded places, confined spaces, close conversation) / 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan amalkan 3W (wash, wear, warn). Tuan puan juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

 

 

4.           Sekian untuk makluman dan perhatian tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi Ts. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid, Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan di talian 013-7107705.  Sekian terima kasih



Surat (265) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD FADZIL BIN HANID | Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kompleks Uda

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 432 kali sejak disiarkan pada 26 Jul 2020 jam 13:13:46


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 26 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru