banner1
 

Pentadbiran Berita


26 Jul 2020 - Ahad MAKLUMAT GURU BERCUTI (OGOS 2020 - DISMBER 2020) UNTUK PERMOHONAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEWANGAN GURU GANTI KGSK 2020

Pengetua Sekolah Menengah Harian dan SABK,
Guru Besar SK, SABK, SJKC dan SJKT
Daerah Johor Bahru

Tuan,

MAKLUMAT GURU BERCUTI (OGOS 2020 - DISEMBER 2020) UNTUK PERMOHONAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEWANGAN GURU GANTI KGSK 2020

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk

2. Mohon pihak sekolah untuk mengisikan maklumat guru-guru yang akan bercuti bagi jangka masa Ogos 2020 sehingga Disember 2020. Kriteria jenis cuti yang diambil kira adalah:
   2.1 Cuti bersalin
   2.2 Cuti sakit berpanjangan
   2.3 Cuti tanpa gaji/ separuh gaji kurang dari satu tahun
  
3. Data ini penting untuk dijadikan unjuran bagi permohonan tambahan peruntukan kewangan Guru Ganti KGSK bagi tahun 2020. Mana-mana sekolah yang tidak menghantar maklumat tersebut dianggap tidak mempunyai keperluan untuk mendapatkan guru ganti KGSK bagi tahun 2020.
 
4. Sehubungan itu, tuan diminta mengisi maklumat pada borang online pada pautan dibawah.
    4.1 Sila isikan maklumat pada borang online tersebut
    4.2 Setelah selesai mengisi seorang maklumat guru, sila tekan butang SUBMIT
    4.3 Bagi mengisi maklumat guru seterusnya jika lebih dari seorang terlibat, tekan butang SUBMIT ANOTHER RESPONSE

5. Pihak sekolah diminta menghantar maklumat tersebut sebelum atau pada  28 Julai 2020 (Selasa). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Suliman Bin Kamsor, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6 di talian 07-2200349.


atau copy paste URL di bawah


*Digalakkan menggunakan pelayar  GOOGLE CHROME

Sekian. Terima Kasih


Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Harian,SABK, Guru Besar SK, SABK, SJKC dan SJKT

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SULIMAN BIN KAMSOR | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 456 kali sejak disiarkan pada 26 Jul 2020 jam 12:46:16


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 35 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru