banner1
 

Pentadbiran Berita


25 Jun 2020 - Khamis TAKLIMAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pengarah/ Pengetua/ Guru Besar, 
Kolej Vokasional/ Sek Ren/ Sek Men,
Daerah Johor Bahru.
(Rujuk Lampiran)

Tuan,

TAKLIMAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Untuk makluman tuan, Taklimat Jawatankuasa Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Jun 2020 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi 
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Temenggong Abdul Rahman 1
3. Sehubungan dengan itu, tuan (sepertimana lampiran) diminta hadir ke taklimat tersebut.  

4. Pihak PPD Johor Bahru mengingatkan tuan puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah) di talian 07-2200349.

Sekian, terima kasih.



SURAT DAN SENARAI NAMA (650) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengarah/Pengetua/Guru Besar, Kolej Vokasional/Sek Ren/Sek Men, Daerah JB

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 374 kali sejak disiarkan pada 25 Jun 2020 jam 15:06:23


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 33 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru