banner1
 

Pentadbiran Berita


21 Jun 2020 - Ahad TAKLIMAT PROFESIONALISME PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA PKP SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua, 
Sekolah Menengah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

TAKLIMAT PROFESIONALISME PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA PKP SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Untuk makluman tuan, Taklimat Profesionalisme Penolong Kanan Pentadbiran pembukaan sekolah pasca PKP sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru Tahun 2020 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Jun 2020 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD Johor Bahru

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Penolong Kanan Pentadbiran hadir ke taklimat tersebut.  

4. Pihak PPD Johor Bahru mengingatkan tuan puan yang hadir untuk mematuhi prosedur berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan langkah-langkah memutuskan rangkaian Covid-19 dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tuan puan yang hadir juga perlu mengamalkan penjarakan sosial dengan sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah) di talian 07-2200349.

Sekian, terima kasih.



SURAT (109) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua, Sekolah Menengah, Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 325 kali sejak disiarkan pada 21 Jun 2020 jam 10:13:34


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 38 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru