banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Jun 2020 - Rabu KELAYAKAN PEMBAYARAN ELAUN GURU GANTI KGSK SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

KELAYAKAN PEMBAYARAN ELAUN GURU GANTI KGSK SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Dengan segala hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pengurusan Pekerja Sambilan (PSH) dalam tempoh PKP masih berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011.  Oleh yang demikian, merujuk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Peringkat Negeri Johor Bil.2/2020 bertarikh 20 April 2020, bahawa guru ganti KGSK yang bekerja di rumah sepanjang PKP LAYAK dibayar berdasarkan syarat-syarat berikut:
i. PGB mengeluarkan surat arahan kepada guru ganti KGSK berkenaan pelaksanaan pembelajaran dari rumah.
ii. Guru ganti KGSK perlu mengemukakan bukti bekerja di rumah dengan menyediakan bahan pembelajaran untuk murid-murid dan diperakukan oleh Ketua Jabatan(PGB).
iii. Guru ganti KGSK yang diminta bekerja perlu mengikut tarikh kontrak lantikan mereka. Jika kontrak mereka telah tamat dalam tempoh PKP dan PKPB ini, sekolah tidak dibenarkan meminta mereka melaksanakan kerja dari rumah dan elaun tidak akan dibayar.
iv. Guru ganti KGSK adalah layak dibayar  berdasarkan bilangan hari bekerja sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
v. Bayaran elaun guru ganti KGSK bagi tujuan di atas berkuatkuasa pada 1 April 2020.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta menyertakan dua dokumen dibawah bersama dokumen tuntutan bayaran bulan April dan Mei atas tujuan tersebut:
i. satu salinan surat arahan ketua jabatan bagi pelaksanaan pembelajaran dari rumah kepada guru ganti KGSK.
ii. bukti pelaksanaan pembelajaran dengan menggunakan contoh template yang disediakan (lampiran 1).

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi menghubungi Encik Rohaizad Bin Selemin di talian 07-2200349. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.



SURAT (153) - klik utk muat turun

FORMAT PELAPORAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (174) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 437 kali sejak disiarkan pada 10 Jun 2020 jam 15:19:40


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 26 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru