banner1
 

Pentadbiran Berita


14 Mei 2020 - Khamis GARIS PANDUAN PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2020

Salam Sejahtera.

2.         Sepertimana Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bajet 2020 telah menerima peruntukan Belanja Mengurus Program Khusus Penyelenggaraan Institusi Pendidikan masing-masing berjumlah RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi tujuan penyelenggaraan Aset Tak Alih pada tahun 2020. 

3.         Bagi memastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya pada tahun 2020 berdasarkan semua peraturan, tatacara, prosedur perolehan dan pekeliling-pekeliling Kerajaan yang berkaitan pengurusan kewangan semasa yang berkuat kuasa, Bahagian Pengurusan Aset, KPM (BPA, KPM) telah mengemas kini Garis Panduan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2020 sepertimana yang dilampirkan.

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dimohon untuk menghebahkan Garis Panduan ini kepada semua Lembaga Pengelola/Pentadbir/pihak sekolah yang terlibat dalam penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan dan lain-lain tanggungjawab sepertimana yang termaktub dalam Garis Panduan ini.

Atas perhatian dan kerjasama Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan terima kasih.

Sekian.



Lampiran 1 (318) - klik utk muat turun

Borang B5 (190) - klik utk muat turun

Garis Panduan (177) - klik utk muat turun

Laporan Prestasi (195) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SAZALI BIN KENIT | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 722 kali sejak disiarkan pada 14 Mei 2020 jam 13:51:20


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 31 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru