banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Apr 2020 - Jumaat PENGESAHAN AKAUN E-MEL YANG TIDAK AKTIF DAN TIDAK PERNAH LOG MASUK

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.
(Yang berkenaan sahaja)

Tuan/Puan,

Merujuk kepada emel dari  Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bertarikh 9 April 2020 mengenai pembatalan id e-mel di bawah JPNJ oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dukacita dimaklumkan terdapat *92 akaun e-mel yang tidak aktif (7-9 bulan) dan 429 akaun tidak pernah log masuk ( 10- > 12 bulan) di bawah seliaan PPD JB.*

2.  Selaras dengan Perkara 3, Garis Panduan Penggunaan Dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),  Warga KPM haruslah memastikan penghantaran e-mel rasmi menggunakan akaun e-mel rasmi dan segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat e-mel persendirian. 

3.  Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki membuat pengesahan sama ada masih memerlukan e-mel rasmi atau sebaliknya bagi tujuan email recovery di dalam format yang  dilampirkan. Sila emel semula kepada Puan Siti Hawa Binti Abu, [email protected] atau Puan Rosidah Binti Ahmad, [email protected] *sebelum atau pada 12 April 2020 (Ahad).*

4.  Bersama-sama ini disertakan senarai ID di bawah seliaan tuan/puan untuk diambil tindakan SEGERA.

Sekian, terima kasih.


email 1Govuc (1156) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua /Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : IRDAWATI @ NOR ZAKIAH BINTI MOTSIDI | Ketua Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 817 kali sejak disiarkan pada 10 Apr 2020 jam 09:57:14


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 21 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru