banner1
 

Pentadbiran Berita


18 Mac 2020 - Rabu PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SEPANJANG PENUTUPAN SEKOLAH ATAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

Tuan,

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SEPANJANG PENUTUPAN SEKOLAH ATAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertarikh 16 Mac 2020 yang berkuatkuasa 18 — 31 Mac 2020, sekolah merupakan antara premis yang harus ditutup sepenuhnya dalam tempoh berkenaan.

3. Sehubungan itu, sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian bermula 22 — 31 Mac 2020. Guru dan murid boleh mengakses portal pembelajaran bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran. Guru tuan boleh merekodkan pelaksanaan PdP ini sebagai dokumen rasmi. Bersama-sama ini dilampirkan infografik berkaitan (url : http://bit. ly/johor-pdpc-alternatif)

4, Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Asha’ari bin Omar, Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditalian 07-2310009 atau 019-6835834. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,



Surat (271) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD FADZIL BIN HANID | Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kompleks Uda

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 848 kali sejak disiarkan pada 18 Mac 2020 jam 08:47:59


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 33 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru