banner1
 

Pentadbiran Berita


17 Mac 2020 - Selasa SUMBANGAN TABUNG HARI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2020

Pengetua dan Guru Besar ,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

SUMBANGAN TABUNG HARI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat JPNJ dengan rujukan : 
JPNJ.PS.100-16/1/2 (6) bertarikh 3 Februari 2020 adalah dirujuk dan dilampirkan.

2. Sehubungan dengan itu, semua guru di bawah seliaan tuan diminta memberi sumbangan sebanyak RM3.00 seperti  tertera di para 4 rujukan surat berkenaan 

3. Segala sumbangan guru boleh dijelaskan secara tunai atau cek yang dibuat atas nama “JAWATANKUASA HARI GURU DAERAH JOHOR BAHRU”.  Semua sumbangan ini perlulah dihantar kepada Puan Lim Siok Hon, Guru Besar SJKC Pei Hwa selaku Bendahari Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru berdasarkan ketetapan berikut:-

  Tarikh   : 01 April 2020 (Rabu)
  Tempat  : SJKC Pei Hwa, Johor Bahru
  Masa  : 2.00 petang hingga 5.00 petang.

4.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Kamaruzaman Bin Abdullah, Penolong PPD Prasekolah dan Rendah di talian 07-2200371.  Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.



SURAT MAKLUMAN PPDJB (41) - klik utk muat turun

SURAT MAKLUMAN JPNJ (35) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Prasekolah & Rendah (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 144 kali sejak disiarkan pada 17 Mac 2020 jam 17:33:47


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 16 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru