banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Mac 2020 - Ahad PENGHANTARAN LAPORAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) BAGI SUKU TAHUN PERTAMA 2020 ( 01 JANUARI 2020 – 31 MAC 2020)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 

2.       Sebagaimana Tuan sedia maklum, berdasarkan para 4.12, Pekeliling Perbendaharaan/ A.M 1.1 - Pengurusan Aset Kerajaan, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab dalam menyedia dan mengemukakan Laporan Suku Tahun Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan kepada Urus Setia JKPAK untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan pada bulan April 2020 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3.       Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan di bawah pekeliling tersebut, Pihak sekolah boleh membuat tindakan awal bagi menyiapkan laporan berkenaan untuk menyediakan Laporan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan bagi Suku Tahun Pertama (Januari hingga Mac) Tahun 2020 mengikut format yang telah ditetapkan seperti di berikut:

3.1      Lampiran A2 - Lampiran A7 – semua sekolah 

            (Aset Alih)

 3.2      Lampiran A8 – Lampiran A13 – jika terlibat

            (Aset Hidup)

 3.3      Lampiran A14 – Lampiran A19 – jika terlibat

            (Aset Tak Ketara)

 3.4      Lampiran A20 – Lampiran A24 – sekolah PTJ sahaja

            (Stor Kerajaan –Stok)

 3.5      Lampiran A25

          (Penerimaan Hadiah)-yang telah mendapat surat kelulusan dari JPN.


4.       Tuan hendaklah memastikan semua maklumat di dalam laporan yang dikemukakan adalah betul dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan (sila letakkan nama ketua jabatan pada semua ruang tandatangan ketua jabatan). Adalah diingatkan bahawa  sekolah yang gagal mematuhi tempoh masa tersebut akan dilaporkan sebagai tidak mengemukakan laporan.

5.       Laporan hendaklah dihantar mengikut ketetepan berikut:

5.1     melalui email:

sofy copy (file excel) secara email ke [email protected] mulai 01 April 2020 atau sebelum;


5.2      Hantar ke Unit Infrastruktur dan Perolehan PPD Johor Bahru:

 

Lampiran Asal yang telah bertandatangan ketua jabatan pada atau sebelum 02 April 2020 (Khamis) jam 2.30 petang.


Pihak tuan juga dipohon agar mengisi maklumat berkaitan di pautan berikut : https://forms.gle/WWr2ofaSGjhia5UL6

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Nizam Bin Zainal, Unit Infrastruktur dan Perolehan ditalian 07-2200352 atau 012-7961770.

6.       Segala kerjasama dan perhatian Tuan dalam perkara ini  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.




Senarai Semak (502) - klik utk muat turun

Aset Alih (492) - klik utk muat turun

Aset Hidup (292) - klik utk muat turun

Aset Tak Ketara (272) - klik utk muat turun

Stok (PTJ) (296) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/Guru Besar/Ketua Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SAZALI BIN KENIT | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 625 kali sejak disiarkan pada 15 Mac 2020 jam 11:56:32


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 17 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru