banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Mac 2020 - Rabu PERTANDINGAN KARNIVAL STEM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan pasukan sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 & 9 April 2020 (RABU - KHAMIS)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat : SK (P) Sultan Ibrahim
Pertandingan : a) Saintis Muda

Tarikh : 9 dan 11 April 2020 (KHAMIS dan SABTU)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat : SK Sri Tebrau
Pertandingan : a) Roket Air SR 

Tarikh : 11 April 2020 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat : SK Sri Tebrau
Pertandingan : a) Rekacipta & Inovasi STEM SR
b) Bercerita STEM SR
Yuran Penyertaan : RM 80 (Bayaran untuk semua acara yang dipertandingkan)

3. Untuk makluman tuan Sekolah SK Sri Tebrau telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek kepada SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, (SUWA) dan hendaklah diserahkan di pejabat SK Sri Tebrau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN). Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.
4. Mohon kerjasama pihak sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut memuat turun kertas konsep syarat pertandingan boleh dimuat turun daripada laman web beralamat http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php . Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Johor Bahru di talian 07-2200355 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD (185) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 408 kali sejak disiarkan pada 11 Mac 2020 jam 14:53:28


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 32 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru