banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Mac 2020 - Rabu PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan pasukan sekolah tuan hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 April 2020 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Tasek Utara 2
Yuran Penyertaan : Pengetua SMK Tasek Utara 2
RM 150 (Bayaran untuk acara yang dipertandingkan)

3. Untuk makluman tuan, SMK Tasek Utara 2 telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek kepada PENGETUA SMK TASEK UTARA 2 dan hendaklah diserahkan di pejabat SMK Tasek Utara 2 selewat-lewatnya pada 2 April 2020 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN).  Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.

4. Mohon kerjasama pihak sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut memuat turun kertas konsep syarat pertandingan yang boleh dimuat turun daripada laman web beralamat http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Johor Bahru di talian 07-2200355 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (69) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 97 kali sejak disiarkan pada 11 Mac 2020 jam 13:28:56


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 23 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru