banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Mac 2020 - Selasa PENGESAHAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE/ MANUAL SESI PERTUKARAN JUN 2020 SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua,
Sekolah Menengah Harian,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PENGESAHAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE/ MANUAL SESI PERTUKARAN JUN 2020 SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU 

Dengan segala hormatnya , perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian, Antara Daerah dan Dalam Daerah sesi Jun 2020 melalui Sistem eGtukar telah dibuka mulai 16 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020.

3. Bagi mengelakkan kesesakan talian pada tarikh akhir, mohon tuan membuat pengesahan pertukaran di sistem eGtukar pada atau sebelum 12/3/2020 (Khamis)

4. Mohon perhatian untuk kes dibawah, tuan diminta untuk menghantar dokumen berikut (jika berkaitan):-
3.1 Kes Keselamatan dan Kes Sakit Kronik diri sendiri/ anak/ suami atau isteri 
a) Surat iringan sekolah.
b) Salinan borang e-GTukar yang telah ditandatangani oleh Pengetua,
c) Salinan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pengetua.
(Laporan siasatan polis /Surat Akuan Doktor Hospital Kerajaan /Surat arahan perkhidmatan   suami/isteri)
3.2 Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran
a) Surat iringan sekolah mengikut kategori guru.
b) 3 Borang Permohonan Pertukaran Secara Manual (Antara Negeri/ Antara Daerah/ Dalam Daerah).
c) Salinan dokumen sokongan yang telah oleh Pengetua.

5. Dokumen tersebut perlu dihantar ke Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru  pada atau sebelum 17/03/2020 (Selasa). Segala kerjasama tuan amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Rohaizad Bin Selemin, Pen. PPD Menengah & T6 di talian 07-2200349. 

Sekian, terima kasih.



Tindakan : Pengetua, Sekolah Menengah Harian, Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 420 kali sejak disiarkan pada 10 Mac 2020 jam 09:27:14


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 19 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru