banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Feb 2020 - Khamis PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH LELAKI DAN PEREMPUAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan pasukan sekolah tuan hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Kawad Kaki SR (L)
Tarikh : 4 Mac 2020 (RABU)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Taman Perling 3
Yuran Penyertaan : Guru Besar SK Taman Perling 3
RM 150 (Bayaran untuk setiap pasukan yang bertanding)
Kawad Kaki SR (P)
Tarikh : 5 Mac 2020 (RABU)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Taman Perling 3
Yuran Penyertaan : Guru Besar SK Taman Perling 3
RM 150 (Bayaran untuk setiap pasukan yang bertanding)

3. Untuk makluman tuan, SK Taman Perling 3 telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara cek kepada GURU BESAR SK TAMAN PERLING 3 dan hendaklah diserahkan di pejabat SK Taman Perling 3 selewat-lewatnya pada 23 Februari 2020 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN). Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (120) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 142 kali sejak disiarkan pada 13 Feb 2020 jam 10:02:31


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 21 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru