banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Feb 2020 - Khamis PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2020

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan mengarahkan pasukan sekolah tuan hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Februari 2020 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Tanjung Adang
Yuran Penyertaan : Pengetua SMK Tanjung Adang
RM 10 (Bayaran untuk acara yang dipertandingkan)

3. Untuk makluman tuan, SMK Tanjung Adang telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek kepada PENGETUA SMK TANJUNG ADANG dan hendaklah diserahkan di pejabat SMK Tanjung Adang selewat-lewatnya pada 16 Februari 2020 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN). Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.

4. Mohon kerjasama sekolah yang menyertai pertandingan ini membawa satu set Sahibba sekolah masing-masing dan bawa pada hari pertandingan serta memuat turun kertas konsep syarat pertandingan yang boleh dimuat turun daripada laman web beralamat http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.


Surat PPD dan Sekolah Terlibat (93) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 155 kali sejak disiarkan pada 13 Feb 2020 jam 08:58:53


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 237
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 9 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru