banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Feb 2020 - Khamis KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ZON MAJIDI TAHUN 2020

Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru,
Sekolah – sekolah Zon Majidi,

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, karnival tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh 20 Februari 2020 (KHAMIS)
  Masa  : 10.00 pagi
  Tempat  SK Tanjung Puteri 
  Pertandingan  Pertandingan Pesta Pantun (Saringan awal)
  Pertandingan Sahibba (Saringan awal)

Tarikh : 22 Februari 2020 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi
Tempat Pertandingan :
a. Pertandingan bercerita Tahap 1 - SK Tanjung Puteri
b. Pertandingan bercerita Tahap 2 - SK Tanjung Puteri
c. Pertandingan Pidato Tahap 2  - SK Tanjung Puteri
d. Pertandingan Bicara Berirama - SK Tanjung Puteri
e. Pertandingan Sahibba - SK Tanjung Puteri
f. Pertandingan Pesta Pantun - SK Tanjung Puteri
g. Pertandingan Bahas Ala Parlimen - SK Tanjung Puteri

Yuran Penyertaan : Guru Besar SK Tanjung Puteri
RM 150 setiap sekolah Zon Majidi (Kecuali SKM)
(Bayaran untuk semua acara yang dipertandingkan)

3. Untuk makluman tuan SK Tanjung Puteri telah dilantik sebagai pengelola bagi pertandingan tersebut. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau cek kepada SEK KEB TANJUNG PUTERI dan hendaklah diserahkan di pejabat SK Tanjung Puteri selewat-lewatnya pada 13 Februari 2020 sebelum pukul 2.00 petang (TIDAK DIBENARKAN BAYARAN SECARA ATAS TALIAN).  Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan dan tindakan tuan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan boleh ditujukan kepada En. Nizar Helmy Bin Ramli, Tanjung Puteri, Johor Bahru di talian 07-2240332.

Sekian, terima kasih.


Surat PPD (41) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Zon Majidi

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 69 kali sejak disiarkan pada 13 Feb 2020 jam 08:28:12


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 22 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru