banner1
 

Pentadbiran Berita


14 Jan 2020 - Selasa PELANTIKAN SEBAGAI URUSETIA DAN FASILITATOR BAGI KURSUS JATI DIRI PELAJAR BERTRANSFORMASI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU SIRI 2 TAHUN 2020

Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru,
( Seperti Lampiran A )

Tuan,

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan menganjurkan Kursus Jati Diri Pelajar Bertransformasi Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Siri 2 Tahun 2020 seperti ketetapan berikut :-

       2.1 Tarikh  : 19 hingga 23 Januari 2020 ( Ahad hingga Khamis )
       2.2 Masa    : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
       2.3 Tempat : Pusat Kegiatan Guru Majidee,
                            JKR 413, Jalan Glendening, 80100 Johor Bahru


3. Sehubungan dengan itu, tuan telah dilantik sebagai Urusetia / Fasilitator program tersebut.

4.  Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenar membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

5. Sekian bagi makluman dan tindakan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Azrul Fais Bin Abdullah di talian 012 7013800 ( Pegawai Pendidikan APDM dan SSDM ). Kerjasama dan perhatian tuan dalam pelantikan ini diucapkan terima kasih. 

Sekian.





LANTIKAN FASI KURSUS JATI DIRI SIRI 22020 (98) - klik utk muat turun

Tindakan : KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH TERLIBAT

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 117 kali sejak disiarkan pada 14 Jan 2020 jam 10:30:24


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 245
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 13 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru