banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Jan 2020 - Ahad BENGKEL SEMAKAN WARAN PERJAWATAN 2020 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua, 
Sekolah Menengah Harian,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

BENGKEL SEMAKAN WARAN PERJAWATAN 2020 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

2.Untuk makluman tuan, Bengkel Semakan Waran Perjawatan 2020 Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Harian Daerah Johor Bahru   akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Januari 2020 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang (Rujuk jadual)
Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

3.Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Penolong Kanan Pentadbiran untuk hadir ke bengkel  tersebut.  

4.Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah pekeliling Perbendaharaaan Malaysia WP 1.10/2013 dipatuhi dimana sekiranya kenderaaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa di bawah OS21000.

5.Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah) di talian 019-7238303.

Sekian, terima kasih.



SURAT DAN JADUAL MASA (159) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua, Sekolah Menengah Harian, Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 397 kali sejak disiarkan pada 12 Jan 2020 jam 11:50:46


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 241
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 19 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru