Pentadbiran Berita
20 Nov 2019 - Rabu BENGKEL RAYUAN PENEMPATAN SEMULA (RPS) KE TINGKATAN SATU (1) DAN KELAS PERALIHAN TAHUN 2020
Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.
(seperti lampiran)
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan, Bengkel Rayuan Penempatan Semula (RPS) Ke Tingkatan Satu (1) dan Kelas Peralihan Tahun 2020 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
3. Sehubungan itu, tuan diminta membenarkan Pembantu Tadbir (yang menguruskan pertukaran murid) untuk menghadiri bengkel berkenaan. Sila bawa bersama-sama Borang-Borang Rayuan Penempatan Semula (RPS/SM2020).
4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pegawai kami, En. Mohd Fadli Bin Che Hashim, Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam di talian 07-2200349 atau 017-9394548 sedia membantu jika terdapat sebarang pertanyaan.
Sekian.
Bengkel RPS Tingkatan 1 2020 (268) - klik utk muat turun
Tindakan : Pengetua sekolah berkenaan
Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD FADLI BIN CHE HASHIM | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja
Cetak Muka Surat Ini
[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]
[Kembali Ke Muka Depan]
Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 229 kali sejak disiarkan pada 20 Nov 2019 jam 09:59:25
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja