banner1
 

Pentadbiran Berita


4 Nov 2019 - Isnin GARIS PANDUAN PENEMPATAN MURID TAHUN ENAM (6) KE TINGKATAN SATU (1) DAN KELAS PERALIHAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI TAHUN 2020

Pengetua 
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.
(seperti lampiran)

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru telah melakukan proses kelulusan penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan Tahun 2020. Bagi melicinkan proses penempatan murid dilampirkan garis panduan dan juga carta alir proses penempatan.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan melaksanakan proses penempatan murid ke Sekolah-sekolah Menengah Harian Daerah Johor Bahru berdasarkan garis panduan yang ditetapkan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Pegawai kami, En. Mohd Fadli bin Che Hashim, Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam boleh dihubungi di talian 07-2200349 atau 017-9394548 sekiranya terdapat pertanyaan.

Sekian, terima kasih



Garis Panduan Penempatan ke Ting 1 2020 (168) - klik utk muat turun

Carta Alir dan Borang RPS (173) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua sekolah berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD FADLI BIN CHE HASHIM | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Menengah & Tingkatan 6 (Pengurusan Sekolah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 269 kali sejak disiarkan pada 4 Nov 2019 jam 11:05:31


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 77 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru