banner1
 

Pentadbiran Berita


30 Okt 2019 - Rabu JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI FUN WALK SEMPENA KEMPEN WALK : SIHAT JOHOR DAN JB WAKE UP! CAR FREE DAY PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru
(Seperti LAmpiran)

Tuan,

JEMPUTAN  UNTUK MENYERTAI FUN WALK SEMPENA KEMPEN WALK : SIHAT JOHOR DAN JB WAKE UP! CAR FREE DAY PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Dengan segala hormatnya surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor no rujukan JPNJ.HEM.600-8/21/1 JLD 3 bertarikh 23 Oktober 2019 adalah berkaitan dan dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru akan menganjurkan majlis yang tersebut di atas yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.

3.  Sehubungan itu, sekolah tuan telah terpilih untuk menghantar peserta mengikut kuota yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A untuk mengikuti program tersebut pada :
Tarikh : 02 November 2019 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Hadapan Bangunan Utama
  Majlis Bandaraya Johor Bahru
Pakaian  : Pakaian Sukan 

4. Untuk makluman pihak tuan, pengangkutan akan disediakan oleh pihak penganjur. Guru Pengiring dan murid perlu berkumpul ditempat yang telah ditetapkan (rujuk Lampiran A).

5. Sebarang pertanyaan hubungi En Shahruddin bin Zaniel Abildin, Penolong PPD HEM PPD Johor Bahru di talian 07-2200346/019-7524255 atau Pn Sharina binti Mohd Said di talian 012-74981573. Segala kerjasama dan tindakan pihak tuan anmatlah dihargai.

Sekian , terima kasih.


SURAT DAN LAMPIRAN (110) - klik utk muat turun

LAMPIRAN (112) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : SHAHRUDDIN BIN ZANIEL ABILDIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Hal Ehwal Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 216 kali sejak disiarkan pada 30 Okt 2019 jam 13:45:25


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 73 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru