banner1
 

Pentadbiran Berita


28 Okt 2019 - Isnin URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KPM BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019 ( URUSAN CICIR )

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kepada,

Pengetua / Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

 Tuan,

 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini disertakan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor  No. Rujukan JPNJ.NP 100.1/8/6 (33) bertarikh 3 Oktober 2019 dan surat KPM No. Rujukan : KPM.BPSM.S.500-4/7/1 91) bertarikh 26 September 2019 yang menerangkan maksudnya. Sila muat turun surat tersebut untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

 3.         Untuk makluman tuan, iklan bagi urusan di atas akan dibuka menerusi sistem ePangkat mulai 21 Oktober 2019 hingga 10 November 2019. Mohon kerjasama sekolah agar dapat memastikan tidak berlaku keciciran bagi urusan kenaikan pangkat guru-guru serta kakitangan sokongan sekolah tuan. 

 4.         Bagi calon Pengetua dan Guru Besar, sila hantar  dokumen  yang telah dilengkapkan mengikut senarai semak ke Unit Perkhidmatan, PPD Johor Bahru (u.p : Pn Nor Yasimah binti Mohd Yasin) sebelum 30 Oktober 2019.

 5.         Segala kerjasama tuan berikan dalam melancarkan urusan ini amat dihargai.




Surat PPD (876) - klik utk muat turun

Surat JPNJ dan KPM (182) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR / PEMBANTU TADBIR

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORYASIMAH BINTI MOHD YASIN | Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 302 kali sejak disiarkan pada 28 Okt 2019 jam 11:36:26


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 68 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru