banner1
 

Pentadbiran Berita


9 Okt 2019 - Rabu PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID PERINGKAT NEGERI 2019

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah Berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO.600-3/2/2 (     ) bertarikh 8 Oktober 2019 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, semua Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru seperti di lampiran diwajibkan hadir bagi menerima anugerah tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Oktober 2019 (RABU)
Masa : 10.00 pagi (PENDAFTARAN)
11.30 pagi (TAKLIMAT MAJLIS)
1.30 tgh (MAJLIS RASMI DI MULAKAN)
Tempat : Dewan Utama, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Segamat, Johor
Pakaian : Uniform KRS No 2 / Uniform PBB

3. Bersama-sama ini disertakan senarai penerima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Bakat Murid Peringkat Negeri 2019 yang untuk rujukan dan tindakan tuan. Mohon kerjasama penerima anugerah / wakil mengesahkan kehadiran semasa pendaftaran dan sila duduk di kerusi yang telah di khaskan untuk penerima anugerah / wakil bagi memudahkan pengurusan pihak pengelola. Penerima anugerah / wakil yang ingin membuat tempahan penginapan di Kolej Tunku Abdul Rahman Segamat dengan harga RM 15 per kepala boleh hubungi Encik Ismadi, Penolong PPD Bakat Murid Daerah Segamat di talian 011-55080687. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Bakat Murid, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.


Surat JPNJ dan Senarai Penerima Anugerah (318) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 374 kali sejak disiarkan pada 9 Okt 2019 jam 15:28:22


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 32 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru