banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Okt 2019 - Selasa MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU BIL. 2/ 2019

Pengetua,

Sekolah-sekolah Menengah,

Daerah Johor Bahru.

 Tuan,

 MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH   SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU BIL. 2/ 2019

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 2.         Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan   di bawah:

              Tarikh        :      21 Oktober 2019 (ISNIN)

Masa         :      2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat      :      Bilik Mesyuarat SMK Tasek Utara 2

Pengerusi  :      Encik Mustaffa Kamal Bin Idris

                         Pengetua, SMK Tasek Utara 2

 Agenda     :     Perutusan pengerusi

                        Pengesahan Minit Mesyuarat

                        Perkara-perkara Berbangkit

                        Perancangan dan Pelaksanaan aktiviti daerah

                        Hal-hal lain

                        Penutup

3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk meminta Ketua Panitia Pendidikan Moral sekolah tuan menghadiri mesyuarat tersebut.

4.         Dimaklumkan bahawa kemudahan makan dan minum tidak disediakan oleh pihak penganjur. Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana pegawai digalakkan berkongsi kereta dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

5.         Mohon Setiausaha mesyuarat menghantar minit mesyuarat Tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat ke Unit Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (U.P: Zuraihan Binti Abdul Rahman).

6.         Segala kerjasama yang diberikan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nur Diyana binti Hatim, Setiausaha JKD Pendidikan Moral, melalui talian 012-7273657.

 Sekian, terima kasih.

 



surat panggilan (68) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : WAN ASRI BIN WAN MAT | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Bahasa Melayu)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 97 kali sejak disiarkan pada 8 Okt 2019 jam 10:42:18


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 35 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru