banner1
 

Pentadbiran Berita


18 Sep 2019 - Rabu KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID MENYERTAI KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.2 UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK DAN MUDA ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR 2019

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Johor Bahru.
(rujuk lampiran 1)

Tuan,

KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID MENYERTAI KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.2 UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK DAN MUDA ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR 2019

Dengan segala hormatnya surat daripada Persektutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, surat rujukan PPMDJB/01/02/(54)19 bertarikh 08 September 2019 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru tiada halangan bagi guru dan murid menyertai kursus tersebut seperti ketetapan berikut:  

Unit : Pengakap Muda
Tarikh : 09 - 12 Oktober 2019 (Rabu - Sabtu)
Pendaftaran : 03.00 petang
Tempat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
Bayaran : RM100.00 seorang
Unit : Pengakap Kanak-kanak
Tarikh : 10 - 12 Oktober 2019 (Khamis - Sabtu)
Pendaftaran : 10.00 pagi
Tempat : Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
 
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memberi pelepasan kepada murid dari sekolah tuan (rujuk lampiran 1).Segala urusan pembayaran boleh dibuat atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU. No akaun AMBANK CWGN BUKIT INDAH 253-202-200046-3.  

4. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi En. Mohd Zulkafli bin Mohamed (Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru ditalian 019-7558413. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



manikayu 3.2_20190917212636 (185) - klik utk muat turun

manikayu 3.2 a_20190918073603 (163) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua /Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 275 kali sejak disiarkan pada 18 Sep 2019 jam 21:09:37


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 35 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru