banner1
 

Pentadbiran Berita


18 Sep 2019 - Rabu KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID MENYERTAI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2019

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Johor Bahru.
(Pergerakan Puteri Islam Malaysia)

Tuan,

KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU DAN MURID MENYERTAI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2019

Dengan segala hormatnya surat daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia  Daerah Johor Bahru, surat rujukan PPIMDJB/2019/2/(18) bertarikh 08 September 2019 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru tiada halangan bagi guru dan murid Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyertai karnival  tersebut seperti ketetapan berikut:  

Tarikh : 25 September 2019 (Rabu)
Tempat : Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai
Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang
Pakaian : Sut Sukan PPIM
Uniform Kawad PPIM
Bayaran : RM 50.00 satu sekolah 
Rujuk lampiran untuk syarat pertandingan  

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memberi pelepasan kepada guru dan murid Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyertai karnival tersebut. Bayaran perbelanjaan dengan menggunakan (Peruntukan Bantuan Kokurikulum Sekolah/Bantuan Tambahan Persekolahan/PIBG sekolah) Bayaran secara tunai atau cek atas nama PERGERAKAN PUTERI ISLAM PER DAERAH JB No. Akaun 551016609176 (Maybank Islamic Johor Bahru)

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Khaliza binti Arbaa ditalian 012-7734960.  Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



karnival puteri (151) - klik utk muat turun

syarat ptandingan KSR (366) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 324 kali sejak disiarkan pada 18 Sep 2019 jam 21:02:49


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 35 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru