Pentadbiran Berita
11 Sep 2019 - Rabu PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
Kepada,
Guru Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan
Melalui,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor akan menjalankan Permainan Tradisonal di sekolah-sekolah di negeri Johor. Mohon Kerjasama pihak sekolah beri kebenaran guru penasihat / fasilitator hadir ke pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 15 September 2019 (AHAD)
Pendaftaran : 8.00 pagi
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Johor Bahru
3. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.
Sekian, terima kasih.
Surat PPD dan Sekolah Terlibat (333) - klik utk muat turun
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Berkenaan
Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid)
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja
Cetak Muka Surat Ini
[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]
[Kembali Ke Muka Depan]
Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 650 kali sejak disiarkan pada 11 Sep 2019 jam 08:24:58
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja