banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Sep 2019 - Selasa PENERIMAAN CAKERA PADAT (CD) UJIAN LISAN MENDENGAR DAN KOMUNIKASI MELIHAT BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN AL LUGHATUL AL ARABIAH AL MU’ASIRAH (LAM) PT3, 2019 DAERAH JOHOR BAHRU.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pengetua,

Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta,

Daerah Johor Bahru.


Tuan,

Dengan segala hormatnya surat daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KPM.LP.S.600-7/18/5 (27)   bertarikh 28 Ogos  2019 adalah dirujuk.

2.         Pelaksanaan Ujian Lisan Mendengar, PT3 2019 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Al Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah akan bermula pada 23 hingga 25 September  2019. Sehubungan itu, tuan diminta mengambil Cakera Padat (CD) Ujian Lisan di atas bersama-sama dengan seorang pengiring sebagaimana ketetapan-ketetapan berikut :

2.1   Tarikh      :           12 September 2019 (Khamis)

2.2   Masa       :           8.00 pagi  -  12.00 Tengah hari

2.3   Tempat    :           Bilik Kebal PPD Johor Bahru Lama

 3.         Tuan diminta mematuhi  prosedur dan garis panduan seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohon rujuk Jadual Kerja Sekolah, Pengoperasian dan Penjaminan Kualiti Ujian Lisan Mendengar PT3. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Pen. PPD Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Johor Bahru ditalian 012-7623764.

Sekian terima kasih




surat (56) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 117 kali sejak disiarkan pada 10 Sep 2019 jam 20:06:52


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 35 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru