banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Sep 2019 - Ahad SEMINAR AMALAN BESTARI DAN INOVASI DALAM KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATA PELAJARAN SAINS DALAM BILIK DARJAH

Pengetua

Sekolah-sekolah Menengah

Daerah Johor Bahru.

Tuan,

SEMINAR AMALAN BESTARI DAN INOVASI DALAM KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATA PELAJARAN SAINS DALAM BILIK DARJAH

 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah Panitia Sains Menengah Atas akan mengadakan seminar tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh              : 14 September (Sabtu)

Masa               : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat           : Dewan SMK Sultan Ismail, Johor Bahru

Penceramah   : En. Che Ahamad bin Daud

Guru Cemerlang - Kolej Vokasional Kulim, Kedah

 3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan GKMP Sains & Matematik, KP Sains Menengah Atas dan KP Sains Menengah Rendah.

4.         Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana pegawai digalakkan berkongsi kereta dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

 5.         Segala kerjasama yang diberikan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Segala pertanyaan, sila hubungi Pn Tee Yi Shing, Setiausaha JKD Panitia Sains Menengah Atas melalui talian 012 - 718 0801.

 Sekian, terima kasih.



Surat (232) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : WAN ASRI BIN WAN MAT | School Improvement Specialist Coaches (SISC+)(Bahasa Melayu)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 204 kali sejak disiarkan pada 8 Sep 2019 jam 12:00:44


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 41 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru