banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Sep 2019 - Khamis KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU MENYERTAI MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2019

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Johor Bahru.
(Ahli Jawatankuasa dan Jurulatih Pergerakan Puteri Islam Malaysia)

Tuan,

KEBENARAN DAN PELEPASAN GURU MENYERTAI MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2019

Dengan segala hormatnya surat daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia  Daerah Johor Bahru, surat rujukan PPIMDJB/2019/2/(17) bertarikh 04 September 2019 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru tiada halangan bagi guru menyertai mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:  

Tarikh : 11 September 2019 (Rabu)
Tempat : Bilik Wawasan, SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru
Masa : 12.00 tengah hari
Bayaran : RM 6.00 seorang (untuk makanan)

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memberi pelepasan kepada guru (seperti lampiran) untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Khaliza binti Arbaa ditalian 012-7734960.  Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



mesy penyelarasan karnival sukan rakyat (247) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 360 kali sejak disiarkan pada 5 Sep 2019 jam 12:08:37


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 51 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru