banner1
 

Pentadbiran Berita


4 Sep 2019 - Rabu JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MERDEKA SPECIAL CHARITY FUN RUN TAHUN 2019

 Pengetua/ Guru Besar

 Sekolah-sekolah Pend. Khas/PPKI,

 Daerah Johor Bahru


Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MERDEKA SPECIAL CHARITY FUN RUN TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Bersama-sama ini dikepilkan surat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang JPA1006/UPK/100-8/1 (   ) bertarikh 4 OGOS 2019 dengan sendirinya ada menerangkan maksud untuk makluman, perhatian dan tindakan tuan.

             

3.         Sehubungan itu, para pelajar sekolah tuan yang berminat adalah dijemput untuk menyertai program ini seperti ketetapan yang berikut :

 

            Tarikh                         :       08 SEPTEMBER 2019 (Ahad)

            Masa                           :       7.00 pagi – 2.00 petang 

            Tempat                     :       Dataran Extreme, Pasir Gudang

            Perasmi                       :       YB Dr Maszlee bin Malik

                                                           Menteri Pendidikan Malaysia

4.         Untuk makluman tuan, bayaran yuran penyertaan adalah di bawah tanggungan sendiri bagi yang berminat untuk menyertai. Sukacita diingatkan agar langkah-langkah keselamatan  dalam menguruskan guru atau pelajar yang ingin turut serta dalam program ini diambil perhatian. Semua perkiraan awal tentang risiko yang dihadapi mestilah disambut dengan prosedur pencegahan dan langkah-langkah keselamatan pelajar. Borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan borang kebenaran membawa murid dengan kenderaan guru mohon diisi oleh peserta.  Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

 

5.   Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai kami, Encik Muhamad bin Aziz, Penyelia Pendidikan Swasta/ Penolong PPD Pendidikan khas/ Pemulihan PPDJB di talian 0177636046 dan Puan Siti Dolly Juliana Gardiner, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di talian 0104541474. Di atas segala kerjasama yang diberi, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan penghargaan.

Sekian.



SURAT (2038) - klik utk muat turun

Tindakan : PENGETUA/GURU BESAR PPKI/PK

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MUHAMAD BIN AZIZ | Penyelia Pendidikan Swasta

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 379 kali sejak disiarkan pada 4 Sep 2019 jam 09:09:05


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 58 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru