banner1
 

Pentadbiran Berita


2 Sep 2019 - Isnin TAKLIMAT PENYELARASAN TUGASAN, PEMERIKSAAN DAN PENSKORAN PROKHAS 2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019 - ZON SELATAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Guru Besar,
SK, SJKC, SJKT yang berkenaan,
Daerah Johor Bahru.
(U.P: Ketua Pentaksir ProKhas 2 atau Guru Mata Pelajaran Prokhas 2)

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sktor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Johor akan mengadakan Taklimat Penyelarasan Tugasan, Pemeriksaan dan Penskoran ProKhas 2 PASR tahun 2019. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan pemahaman kehendak tugasan dan pengurusan pentadbiran instrumen ProKhas 2 dipatuhi oleh personel sekolah yang terlibat seperti garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Sehubungan itu, tuan diminta memastikan salah seorang sama ada  Ketua Pentaksir ProKhas 2 atau seorang Guru Mata Pelajaran Prokhas 2 hadir ke taklimat seperti ketetapan berikut:

3.1 Tarikh : 4 September 2019 (Rabu)
3.2 Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
3.3 Tempat : Dewan Sri Warisan, PPD Kota Tinggi
3.4 Bahan : Arahan Penilaian Akhir (APA) dan Instrumen ProKhas 2

4. Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad ditalian 012-7623764. 

Sekian, terima kasih.


Senarai sekolah (199) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar SK, SJKC, SJKT yang berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 311 kali sejak disiarkan pada 2 Sep 2019 jam 18:54:52


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 25 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru