banner1
 

Pentadbiran Berita


3 Ogs 2019 - Sabtu PEMBATALAN PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK BAGI MATA PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER (70) DALAM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya surat daripada Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.600-7/5/1 9570 bertarikh 17 Jun 2019 adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memutuskan bahawa penggunaan kalkulator Saintifik tidak dibenarkan bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (70) dalam Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019.

3. Sehubunga itu Bahagian E, Arahan Khas : 1 Penggunaan Kalkulator Saintifik dalam Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2019 (Surat LP : KP.LP.005.08.04.09jld2 (73) bertarikh 15 Januari 2019) berkaitan penggunaan kalkulator Saintifik bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (70) adalah dibatalkan.

4. Sebarang pertanyaan, hubungi Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru En. Mohd Hanif bin Muhamad ditalian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.


Surat LP (94) - klik utk muat turun

Surat JPNJ (77) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran Dan Peperiksaan)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 267 kali sejak disiarkan pada 3 Ogs 2019 jam 18:28:58


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 50 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru