banner1
 

Pentadbiran Berita


3 Ogs 2019 - Sabtu PROSES KEMASUKAN MARKAH CALON BAGI KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh kemasukan markah bagi komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) bermula 1 hingga 30 Ogos 2019. Bagi mengelakkan masalah kesesakan dalam talian SPPAT mohon semua markah hendaklah dihantar sebelum atau pada 26 Ogos 2019.

3. Sehubungan itu, mohon tuan memastikan sekolah-sekolah di daerah tuan telah memasukkan markah dalam SPPAT dengan mematuhi semua prosedur dan tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. Sekiranya masih ada sekolah-sekolah yang gagal berbuat demikian ini akan memberi kesan kepada keputusan SPM calon di sekolah tuan.

4. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat hargai.

Sekian, terima kasih.


Surat (73) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 119 kali sejak disiarkan pada 3 Ogs 2019 jam 18:15:14


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 3 ahli berdaftar dan 105 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru