banner1
 

Pentadbiran Berita


28 Jul 2019 - Ahad TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM DALAM MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

Adalah saya dengan  segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Sepertimana yang tuan maklum, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana ( AKP ) bertanggungjawab untuk mematuhi  Peraturan 5, Peraturan –Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993 dan Peraturan – Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) Pindaan 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun 1999 -  Penglibatan Pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan Dalam Pekerjaan Luar.

 

3.        Oleh yang demikian, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana ( AKP ) yang bercadang untuk melakukan kerja luar hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan dua ( 2 ) salinan borang permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya.

 

4.        Kerjasama tuan untuk menepati syarat-syarat dalam melakukan pekerjaan luar seperti yang telah ditetapkan dibutiran 3 surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 1999 yang telah dilampirkan bersama-sama surat ini.

 

5.        Oleh itu, tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengenalpasti dan meneliti permohonan agar menepati syarat-syarat yang ditetapkan sebelum dihantar. Ulasan Ketua Jabatan hendaklah lengkap dengan perkara seperti berikut :

            a)            ulasan pekerjaan luar tersebut menjejaskan atau tidak kegiatan di Jabatan.

            b)            ulasan penilaian prestasi pegawai

            c)            ulasan dengan menyatakan sebab permohonan ini disokong.

                                                           

6.        Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Pekeliling dan borang (323) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar / KPT / PT

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NURUL AFIDA BINTI AZID | Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 511 kali sejak disiarkan pada 28 Jul 2019 jam 11:36:35


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 2 ahli berdaftar dan 102 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru